Tuesday, 25 September 2012

PENCARIAN



Pelbagai perasaan memenuhi dada ini…
Bersama rasa yang rindu mendalam…
Dari hamba yang yang bergelumang dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…
Wahai Rabbal`alamiin…

Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
Kukuhkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azamkan niat ini dalam mencapainya…
Ikhlaskan hati ini menjalaninya…

Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu indahnya hidup dalam naungan redha-Mu…
Syariat ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM

Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
Untuk  raih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
KESYAHIDAN DALAM PERJUANGAN
Aku berharap termasuk yang Kau hantarkan….
Redhai dan kabulkanlah…

Amin Ya Allah, ya Rabbal`alamiin…

2 comments:

  1. Blog yang menarik..boleh masukkan muzik sebagai halwa telinga...tq

    ReplyDelete
  2. Banyak info berguna yang boleh kita kongsi bersama.

    ReplyDelete